Rabu, 15 Julai 2009

BUKA HATI

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi di waktu pagi, tengahari atau petang mahupun malam atau setiap masa dan ketika, sediakan diri Anda atau bersiap diri sebelum mula melakukan sesuatu, sebelum bekerja, sebelum menelaah pelajaran, atau sebelum membaca atau sebaginya.
Sediakan diri Anda atau lebih suka dipanggil dengan nama buka hati atau buka minda atau lapangkan fikiran. Maksudnya ialah, kita bersihkan hati, berlapang dada dan bersedia menerima pelajaran-pelajaran baru atau edial yang bernas untuk kita gunakan dalam usaha kita memburu kejayaan. Nak jadi orang berjaya, kita kena ada mindset belajar sepanjang masa, mahu ditegur tanpa melenting, bersedia dikritik dan senyum selalu apabila timbul masaalah sebab itu kita perlu buka hati sepanjang masa!.
Kita boleh menjadi student berjaya bila kita buka hati pada kejayaan, pekerja yang berkualiti bila mahu ditegur, buka hati pada menimba ilmu, buka hati pada kerajinan berusaha. Buka hati, menyediakan fizikal dan mental sebelum kita melakukan sesuatu kerja yang akan kita buat berjam-jam lamanya.
Kita boleh jadi usahawan berjaya, pekerja berjaya bila kita buka hati pada kejayaan-kejayaan dalam bidang kita. Andai kita tidak buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil, susah untuk kita buka hati pada kejayaan-kejayaan besar, kesannya kejayaan akan menjauh dari hidup kita, seakan sukar untuk dicapai.
Buka hati, maksudnya bersedia untuk menerima. Untuk menerima kejayaan besar, kita kena buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil terlebih dahulu, latih diri sendiri. Bangun awal setiap sebelum waktu subuh, kemudian menunaikan sembahyang subuh satu kejayaan kecil juga.
Bila buka hati, Anda akan mendapat stamina dalaman, kekuatan dalaman. Anda boleh buat sesuatu usaha lebih lama dari orang lain buat. Tapi, pastikan Anda tahu 3 tanda kekotoran hati, sebelum buka hati menerima sesuatu.

Khamis, 9 Julai 2009

MESYUARAT SYAITAN

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:
"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari
membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan
tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.
"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta." "Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"
Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari." "Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "
Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.
Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.
Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami
berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain.
Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berrekriasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.
Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."
"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!" "Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan
meminita pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.
Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.Imbangilah kehidupan kita di dunia ini. Inilah kehidupan yang sementara.