Isnin, 28 September 2009

DIDIKLAH ISTERIMU WAHAI SUAMI

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.
Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.
Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.
Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.
Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.
Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.
Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.
Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
Sifat-sifat isteri solehah:
1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami

Zero To Hero


Pekebendanya zero to hero ni?

Pada saya, pengertiannya, dulu kita orang biasa, perangai kita biasa-biasa, disiplin dan motivasi kita biasa-biasa saja. Dari tak ada menjadi ada. Dari orang biasa menjadi orang dikenali ramai.

Tiba-tiba, kita terfikir untuk mencapai sesuatu. Kita nak menjadi seperti seseorang, seperti idola kita nak mahu berjaya sepertinya. Ruang masa ketika kia terfikir semua ini, itulah yang dipanggil “zero”.

Kita bukan siapa-siapa, kita cuma orang biasa. Ilmu kita agak kosong, kemahiran dan pengalaman kita, penaakulan kita, agak kosong juga.

Dipacu oleh kemahuan, keinginan membara nak berjaya, kita belajar segala-galanya, merubah diri, membina peribadi baru supaya kita menjadi seperti “hero”. Kita jadi pendahulu, buah fikiran kita lain daripada yang lain, usaha kita lain daripada yang diusahakan oleh orang lain di sekeliling kita. Kesannya, kejayaan kita nampak lebih menyerlah.

Anda ada potensi untuk menjadi seseorang yang “from zero to hero”. Mulakannya sekarang. Kenal pasti apa yang Anda mahu capai, orang cemana yang Anda mahu jadi, tetapkan ruang masa bila Anda mahu mencapainya.

Seorang hero bukan sekadar penyelamat. Dia berani melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan, mencapai sesuatu tahap yang belum pernah dicapai oleh sesiapapun sebelum ini.

Anda boleh menjadi hero dalam pelajaran, dalam kerjaya atau dalam perniagaan. Jangan asyik bandingkan diri dengan orang lain, tapi jadikanlah orang lain sebagai idola Anda supaya Anda dorongan untuk semakin maju, khususnya orang yang berjaya pada mata Anda.

Kagumi mereka, contohi kekuatan mereka.

Satu hari nanti, pencapaian Anda akan melebihi pencapaian mereka tanpa Anda sedari. Syaratnya, jangan pandang rendah sesiapa.

Khamis, 10 September 2009

FIKIR BERSAMA

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?. Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Ahad, 6 September 2009

BERAKHIRNYA PERTENGKARAN

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"
Amat: "Ya betul..."
Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"
Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."
Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"
Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"
Pian: "@#$!%^&%"

Sabtu, 5 September 2009

BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:
a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah
segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
Dzahabaz zhoma u wabtallatil‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)- Abu DawudAbdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah!sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkaumengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah.
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di
antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda
Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”– Hadis riwayat Ibn Majah.
b. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika
matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk
berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan
berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari.
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka
puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.
c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar
pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada
rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk
beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi.
d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan
malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat
telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat
Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah
didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan
makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang. - Hadis riwayat al-Bukhari.
Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”
e. Berbuka Puasa Secara Sederhana..
Firman Allah S.W.T:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat
ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau.
Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.– Surah al-A’raaf : 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk
kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang
bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan
pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya
(memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” - Hadis riwayat al-Tirmizi
f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk
menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami
langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
-Surah al-Insaan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang
begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah
gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.

.