8 ekor udang
1 cawan nasi
2 tangkai cili padi
Sedikit sawi
Sedikit kubis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 sudu teh sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus berserta cili padi. Setelah naik bau, masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian masukkan sawi, kubis dan nasi.
3. Hidang nasi bersama udang yang telah siap digoreng dengan tepung.
Khamis, 25 Februari 2010
NASI GORENG UDANG
MEE UDANG
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya
Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.
Jumaat, 19 Februari 2010
PUISI ADAM
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah
Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali, Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim, Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan, Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.
Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya Cintailah Allah dikala susah dan senang Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
Sabtu, 13 Februari 2010
HIKMAH AIR MATA
Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa.
Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
- Ibu
- Ayah
- Remaja
- Orang yang dizalim
Rabu, 10 Februari 2010
JIRAN
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan
struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. sesungguh-nya sebagai agama “keamanan’, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu
“cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.
Selasa, 9 Februari 2010
ANAK YATIM
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik- baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah
Huraian:
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.
ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :
"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."
iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"
Rabu, 3 Februari 2010
SALAM SUAMI ISTERI
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."