Isnin, 30 Ogos 2010

kuih Buah Ulu

Bahan-bahan:

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.
Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.

Selasa, 17 Ogos 2010

KUIH SRI MUKA

Bahan-Bahan:

Lapisan bawah:
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
½ sudu teh garam
Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)
½ sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam
Cara menyediakan:
Lapisan bawah:
1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.
Lapisan atas:
1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong dan sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 16 Ogos 2010

Bubur Lambok

Bahan-bahan:

100 gm beras
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4 sm halia
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200 gm minyak sapi
1 ½ liter air
2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng
2 cawan santan
Bahan dihiris:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara menyediakan:

1) Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.
2) Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

Ahad, 15 Ogos 2010

Badak berendam

Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara menyediakan:
1) Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
2) Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.
3) Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
4) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

Ahad, 1 Ogos 2010

Ayam Tandori

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
60 gm halia (dikisar)
60 gm bawang putih (dikisar)
40 gm cili boh
1 biji lemon
30 gm garam masala
100 gm yoghurt
Pewarna oren
40 gm serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1) Ayam digaulkan dengan halia, bawang putih dan garam.
2) Kemudian campurkan perahan lemon, garam masala, lada putih dan yoghurt.
3) Masukkan sedikit air dan pewarna oren. Setelah dimasukkan semua bahan tadi hendaklah disimpan selama satu malam, sebelum dipanggang.