SELAMAT DATANG KE BLOG MY FAMILY. SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ..

Selasa, 2 November 2010

Lawatan Keluarga SSM Caw Ipoh Ke Kuala Terangganu pd 28 Okt 2010


di Masjid Terapong.

Afnan diatas Keretapi di Taman Tamaddun Islam

Dimasjid Kristal Taman Tamaddun Islam

Merenung jauh tu... Hj Mustafa dan Che wan memikirkan Bonus kut... dimasjid terapong

bersama akma dimasjid Kristal

Boos pun ada....

comel juga baby ni.. anak sapa ni..

Tidur ke... atas keretapi di Taman Tamaddun Islam

wah..... bersama anaknya..

Rabu, 27 Oktober 2010

Samperit

Bahan-bahan:

1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam
Satukan:
1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder
Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dengan gula hingga rata.
2. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi
hingga sebati.
3. Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.
4. Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C

Isnin, 25 Oktober 2010

Buah Melaka

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
Jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka(parutkan)
1/2 biji kelapa muda parut.
Garam secukup rasa.
Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Bila kueh timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.

Selasa, 19 Oktober 2010

Otak-Otak

Bahan-bahan:

5 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 cawan pati santan
1 camca sagu
2 pokok daun bawang
Bahan dikisar:
625 ikan tenggiri cabut tulang
3 hiris halia
8 ulas bawang merah
4 ualas bawang putih
8 cm serai (dihiris)
1 camca jintan putih
2 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Daun pisang -untuk membungkus
1 camca jintan manis
7 batang lada kering (direndam & ditoskan)
1 camca ketumbar (direndangkan)
1.2 cm kunyit hidup
2 camca gula halus
Cara menyediakan:
1.
Satukan semua bahan kecualai daun pisang.Gaulkan rata-rata & sesuaikan
rasanya.
2. Bungkus bahagian-bahagian campuran itu dengan daun pisang. Sematkan dengan lidi.

3. Kukuslah selama 20-30 minit,hingga masak.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kuih Akok

Bahan-bahan:

8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa
Cara menyediakan:
1. Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja.
2. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul.
3. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Lawatan Keluarga SSM caw Ipoh di Kuala Terangganu

PERTANDINGAN BOWLING DI IPOH

CUTI-CUTI MALAYSIA DI JB

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More