Isnin, 25 Oktober 2010

Buah Melaka

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
Jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka(parutkan)
1/2 biji kelapa muda parut.
Garam secukup rasa.
Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Bila kueh timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan