Ahad, 30 Mei 2010

Kek Lapis

Bahan-Bahan:

20 biji kuning telur
8 biji putih telur
300 gm gula halus
300 gm mentega
1 camca teh esen vanila
1 sudu besar pes coklat
180 gm tepung gandum
4 sudu besar susu tepung
1 camca teh rempah kek
1 camca teh serbuk koko
Cara menyediakan:

1) Pukul putih telur bersama gula hingga pekat. Kemudian, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan mentega. Pukul lagi hingga pekat.
2) Masukkan tepung, rempah kek, vanila dan susu tepung. Kacau rata.
3)Asingkan semangkuk kecil adunan, bancuh bersama serbuk koko dan pes coklat. Kacau rata.
4) Kemudian, masukkan dalam uncang (kertas) paiping.
5) Bakar kek selapis demi selapis. Setiap lapis dipicitkan warna coklat. Setiap satu lapis, tuang dua senduk adunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan