Selasa, 27 Julai 2010

Shaamen Kambing


Bahan-bahan A:
1 kg daging kambing
3 biji bawang besar di hiris halus dijadikan bawang goreng
Minyak menggoreng bawang diketepikan untuk digunakan lagi
1 sudu makan halia dikisar
1 sudu makan bawang putih dikisar
Bahan-bahan B:
3 biji tomato didadu
2 biji lada merah dibelah dua
2 biji lada hijau dibelah dua
1 sudu makan tomato puree
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan tairu
5 biji badam dikisar
5 kuntum bunga cengkeh
5 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
segenggam daun pudina
2 pokok daun ketumbar
2 cawan air
garam secukupnya.
1) Satukan bahan B dalam sebuah bekas dan ketepikan. Gunakan setengah cawan minyak bekas menggoreng bawang, tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging.
2) Masukkan bahan B, kacau rata dan masak selama 45minit. Kacau setiap 15 minit. Setelah 45 minit, masukkan bawang goreng, kacau rata dan masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat.
3) Setelah daging empuk, kecilkan api dan biarkan sampai pecah minyak dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan