SELAMAT DATANG KE BLOG MY FAMILY. SEMOGA CERIA SELALU..... ..
  • BAHAYA WANITA ?....

    Salah satu fitnah zaman sekarang adalah termasuk sesetengah kaum wanita yang telah banyak melakukan perkara-perkara yang sangat bertentangan dengan akidah iaitu dengan mendedahkan bentuk tubuh badan yang sangat mengiurkan pada pandangan lelaki yang mata keranjang di samping mereka mengenakan pakaian jahiliah dengan bertabajruj bagai orang yang kurang siuman. Rasulullah s.a.w. telah mengkhaabarkan bahawa wanita itu adalah salah satu fitnah yang terbesar. Beliau bersabda:
    "Berhati-hatilah dari godaan dunia dan waspadailah rayuan kaum wanita sebab fitnah pertama kali yang menimpa bani Israil adalah fitnah wanita." (HR. Muslim)
    Rasulullah s.a.w. menyebut wanita sebagai fitnah (sumber godaan). Dan rasul juga telah mengabarkan bahawa bani Israil tersesat kerana fitnah (godaan) wanita.
    Pada zaman sekarang ini eksploitasi kaum wanita banyak tersebar di mana-mana. Majoriti kaum hawa itu berani bersolek dan menampakkan lekuk tubuh mereka apabila mereka keluar dari rumah dan di jalan-jalan di mana saja, asalkan mereka merasa puas mempamirkn bentuk tubuh mereka yang mana mereka tidak sedar bahawa didalam kubur nanti badan mereka tidak lagi bermakna, hanya layat di makan oleh cacing dan ulat-ulat atau jentera Allah yang sedang menunggu dalam kubur untuk membaham mereka yang melakukan maksiat kepada Allah.
    Barangsiapa yang Allah kehendaki terkena godaan, maka ia akan menyorotkan matanya atau melirikkan pandangannya kepada mereka (kaum wanita itu). Hingga dikhuwatirkan ia akan terkena godaan daya tarik wanita itu dan terpedaya lantas timbul syahwat terlarang yang mendorongnya berbuat apa yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu berzina! Atau pengantar kepada zina (seperti berdua-duan tanpa mahram, berpacaran dan lain-lain-pent). Memang, wanita adalah godaan yang paling besar! Termasuk di antaranya eksploitasi kaum wanita melalui filem-filem, iklan, majalah dan sebagainya. Ini merupakan musibah dan malapetaka besar. Mereka sengaja memilih wanita-wanita cantik agar menarik minat orang, khususnya para pemuda. Dan yang lebih berbahaya lagi adalah munculnya foto-foto mereka dalam keadaan bogil atau setengah gambar bogil yang diproduksi dengan kamera-kamera canggih dan ditebar dengan parabola. Nas`alullah al-'afiyah was salaamah.
    Tidak diragukan lagi hal itu termasuk bencana terbesar pada zaman sekarang ini. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh. Barangsiapa mensucikan dirinya, pandangannya tidak akan tertuju kepada perkara haram itu. Dan tidak akan menuruti kehendak syahwat dalam hatinya kepada wanita-wanita itu. Barangsiapa dipelihara dan dijaga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, niscaya Dia akan menjauhkannya dari fitnah tersebut. Dan niscaya Dia akan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kehendaki kebaikan bagi diri mereka.

0 ulasan: