SELAMAT DATANG KE BLOG MY FAMILY. SEMOGA CERIA SELALU..... ..
  • Zero To Hero


    Pekebendanya zero to hero ni?

    Pada saya, pengertiannya, dulu kita orang biasa, perangai kita biasa-biasa, disiplin dan motivasi kita biasa-biasa saja. Dari tak ada menjadi ada. Dari orang biasa menjadi orang dikenali ramai.

    Tiba-tiba, kita terfikir untuk mencapai sesuatu. Kita nak menjadi seperti seseorang, seperti idola kita nak mahu berjaya sepertinya. Ruang masa ketika kia terfikir semua ini, itulah yang dipanggil “zero”.

    Kita bukan siapa-siapa, kita cuma orang biasa. Ilmu kita agak kosong, kemahiran dan pengalaman kita, penaakulan kita, agak kosong juga.

    Dipacu oleh kemahuan, keinginan membara nak berjaya, kita belajar segala-galanya, merubah diri, membina peribadi baru supaya kita menjadi seperti “hero”. Kita jadi pendahulu, buah fikiran kita lain daripada yang lain, usaha kita lain daripada yang diusahakan oleh orang lain di sekeliling kita. Kesannya, kejayaan kita nampak lebih menyerlah.

    Anda ada potensi untuk menjadi seseorang yang “from zero to hero”. Mulakannya sekarang. Kenal pasti apa yang Anda mahu capai, orang cemana yang Anda mahu jadi, tetapkan ruang masa bila Anda mahu mencapainya.

    Seorang hero bukan sekadar penyelamat. Dia berani melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan, mencapai sesuatu tahap yang belum pernah dicapai oleh sesiapapun sebelum ini.

    Anda boleh menjadi hero dalam pelajaran, dalam kerjaya atau dalam perniagaan. Jangan asyik bandingkan diri dengan orang lain, tapi jadikanlah orang lain sebagai idola Anda supaya Anda dorongan untuk semakin maju, khususnya orang yang berjaya pada mata Anda.

    Kagumi mereka, contohi kekuatan mereka.

    Satu hari nanti, pencapaian Anda akan melebihi pencapaian mereka tanpa Anda sedari. Syaratnya, jangan pandang rendah sesiapa.

0 ulasan: